Tuesday, August 23, 2011

DI BAWAH LAMPU JALAN

DI BAWAH LAMPU JALAN

i.
Seumpama serangga
kadang-kadang hidup ini dipandu nafsu
ghairah mengejar gemerlap cahaya
dan sudahnya tercungap-cunggap
di persimpangan jalan.

Bagai peminta-minta
kadang-kadang hidup ini mudah
memberi dan merasai secebis ehsan
kerana di sini
kita tidak pernah keseorangan.

ii.
Di bawah lampu jalan
malam retak
seribu pertanyaan
berhimpun di lopak-lopak perjalanan
kota tamadun tersengguk
mencari kemanusiaan
yang relai.
Dan malam pun larut
papan tanda telah pecah
tunjukan aku arah jalan pulang
mudah dan selamat.


Brirasa
Jalan Langgar, Alor Setar
3/3/2011

No comments:

Post a Comment