Sunday, November 27, 2011

tak sudah sudah

sampai hari ni, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke2 aku dippv daerah kubang pasu, jitra.menyiapkan sistem untuk perkhidmatan daerah.target amat tinggi,mahu mengubah sistem perkhimatan yang dijalankan selama hampir 30 tahun tidak pernah berubah.
Pejam celik pejam celik menyiapkan sistem perkomputeran untuk menyediakan flatform penyampaian perkhidmatan.perit juga kerja ini.jam ke jam membelek software filemaker.
sesuatu yg gawat di sini selepas hampir 2 minggu.terasa betapa susahnya nak cari kedai makan.

1-kedai melayu, servis cukup teruk.muka2 peniaga nampak sombong dan tak menyenangkan.harga makanan tak sepadan dengan makanan yang dijual.ceh.
peniaga melayu rata2nya belagak mungkin berbangga dengan semangat ketuanan melayu yang bertunjang dalam badan.rata2nya kedai melayu jual masakan cara siam.satu mangkuk sup hampir 1/2 kg cabai melaka.banyak kedai melayu belanganya cuma satu, tukang masak sorang tapi nak jual seribu jenis masakan.klu kedai berdekatan,masing2 pulun nak jual makanan dan minuman yg sama.bila pelanggan duduk meja lain.dah tak boleh order kedai lain.benggong.pelayan kedai melayu suka sembang, gelak2 dan main handset.klu pelanggan lambat nak servis pasai kacau depa punya borak.ambik servis nak cepat2.klu kita tanya apa menu yang ada,jawabnya mudah semuanya ada.bila oder mula cakap itu takdak ini tak dak.ceh!
kalau nak tengok budak2 malayu rajin kerja.cuba tengok bila depa kerja dengan taukeh cina kedai kopi tiam.sampai berlari nak ambik order.hisap rokok dan main handset masa kerja pun tak berani.tau pulak disiplin kerja.

2-kedai mamak, pun teruk servis.ramai pelayan tak faham bahasa melayu.kita order teh kurang, kurang, kurang, kurang (5kali kurang) manis tapi yang dihantar tetap manis gila.betul kata pak lang gunung keriang,kalau nak mampus cepat makan roti canai dan teh kedai mamak.cuma hebatnya mamak ni.kedai depa semua buka sampai 24 jam.betul juga kata pak lang gunung lagi,kalau tak dak mamak,dah ramai rakyat malaysia yg mati kebuluran.

3-kedai kopi tiam, teh dan kopi memang sedap. tapi tu la dah tak boleh melantak mee dan nasik kedai kopi tiam pulak.tapi cina kopi tiam pandai menianga.satu sifatnya suka control.dia jual minuman.pekedai lain boleh meniaga dikedainya tapi kena jual lain2 jenis makanan.bab ni la yang peniaga melayu kena belajar.bukan dok bangga tak ketahawan hala sebagai melayu yang gagah perkasa dan tak kan melayu hilang di dunia.

kedai lain aku tak mau certa la.

aiseh,kalau diikutkan dah hampir 6 bulan berselangseli dengan tugas hakiki aku mengadap software filemaker.huh! dalam tempoh tu kata kawan aku.boleh jadi pakar.sepatutnya.tapi aku masih tak jadi pakar juga.alamak!

Monday, November 7, 2011

lelaki dan Pantai (i)

Dihampirinya gebu landai pantai
melontar gelisah siasah ke laut dalam
ketika mendung membalut pulau
dan lekuk teluk dimandi gerimis.

Dia lelaki dari semenanjung gelisah
telah dicelarukan ribut siasah
mahunya meniduri asyik pantai
dan beradu di teluk ketenangan
sebuah pulau harapan.

Mahunya menekuni makna
rahsia diam pantai
sabar cintra ombak
dan degup nyanyian laut.

Laut adalah laut
tak termuat saujana mimpi
lalu dikirim kembali
gelisah siasah lelaki itu ke pantai
dan memantul ke muara pertanyaan.

Di dermaga
dengan karisma siasah baharu
lelaki itu menanti kapal berangkat
pulang ke semenanjung gelisah.

Brirasa
Teluk Yu, Langkawi
7 Oktober 2011.

korban dan terkorban

Kelmarin dulu, sesudah selasai solat sunat adil adha.macam selalu acara menyembelih lembu, kerbau dan kambing dilakukan untuk ibadah korban.bermacam gaya dapat aku lihat di majlis kerban tersebut.tapi sesuatu yg aku perhatikan cara lembu yang nak dikorbankan direbahkan.ada yang merebahkan lembu dengan cara yang cukup kasar dan ganas.diikat tali di leher dan kaki kemudian, beramai-ramai akan menariknya sehingga jatuh gedegum.kerana terlaku ghirah, kita terlupa akan 'perasaan' lembu tersebut yang sedang bertembung dengan kesakitan dengan cara 'ganas' dijatuhkan.

Sebenarnya.ada cara nak rebahkan lembu dengan cara yang lunak dan mesra.ikat seutas tali di leher lembu dan bawakan lebihan tali dan lilit di dada lembu dan lilit sekali lagi di belakang lembu. kemudian tarik lebihan tali. dan lembu akan duduk dengan selesa dan lembut. tenaga seorang saja dapat merebahkan lembu dengan cara ini.

Keghairahan menyembelih lembu untuk dikorbankan. kadang2 menjadi pesta hora hora. sedangkan perasaan kemanusiaan dan kelembuan dapat menjadi majlis korban di pandang oleh masyarakat lain dengan lebih hormat dan dihormati.

Mungkin. ini cuma isu kecil tapi,bukankan manusia ini punya perasaan kemanusiaan yang tinggi,apalagi manusia melayu yang islam, bertambah2 lah lagi. manusia lain akan menilai cara kita menguruskan lembu dengan perasaan kemanusiaan yang tinggi.
Ohya, janganlah pula nanti kita akan dikata lebih lembu dari lembu.