Thursday, January 19, 2012

Mimbar Waktu

Di mimbar waktu
kukutip aksara usia
bercantuman dan mekar
sebuah puisi perjalanan.

Di celah-celah tangkai padi
balam berbalam bayang-bayang senja
sedegup harum cempa
meruap halaman perhentian.

..........

Tuesday, January 10, 2012

Air Dari Pelembahan

Ia bak air dari pelembahan
kering diserap matahari
dan turun kembali sebagai hujan
bertakung di lembah-lembah marhaen.

Ia mengalir dan mengalir
meresapi liang dan rongga kesumat
mendaki tebing-tebing keangkuhan
menenggelami busut-busut keegoan.

Ia mengalir dan meresap
dapatkah dikepung dengan empangan kuasamu
makin dikepung makin bertakung
dan membobos takungan perdanamu.

Ya, kebenaran itu bak air mengalir
dapatkah dikepung dengan kerakusan kuasamu
yang dipinjam sementara dari-NYA.


BRIRASA
Alor Setar
9/1/2012

Thursday, December 29, 2011

Pilihanraya (i)

Dan ini ketikanya
harimau menjadi
harimau jadian
meramahi kandang-kandang
kambing dan lembu,
di kampung Pak Lang
yang dikekalkan
tradisi klasik kemunduran
sejak 50 tahun dahulu.

Apa mahumu datok harimau?



brirasa
14/12/2011
Kulim, Kedah

Tuesday, December 27, 2011

ilmu ketika melangut

ketika dok melangut nak naik feri ke langkawi kelmarin.aku dikejutkan dengan pergaduhan antara mat parking.pergaduhan mereka menjadi perhatian penumpang feri termasuk aku.selepas agak reda.aku terdengar perbualan penumpang di sebalah.

-klu kita nak bertengkar pun kena tengok org tu ada ilmu atau tidak.klu tak da ilmu baik kita belah saja,tak guna,buang masa dan tenaga.

ermmm...ilmu amat penting kalaupun nak bertumbuk!

Monday, December 19, 2011

tut2 dan wanita

kata orang hat nyai adalah dunia untuk wanita dengan shoopingnya.dan lelaki dengan dunia hiburan malamnya.begitu bagi yg mahu begitu.disember bulan yang menambah sesak bandar pelancongan selatan tanah gajah putih ini.

Tetapi yang aku suka perangai dan kelaku pengguna jalan rayanya yang sporting sama2 menggunakan sempit jalanrayanya.ini amat berbeza sekali dengan perangai pengguna jalanraya tempat aku. di sini kalau siapa yang boleh dulu,dia boleh celah2 dan pergu dahulu.

Dan bandar ini hidup dimalamnya.dan makanannya bagi yang muslim tidak jauh beza sangat dengan selera negeri kelantan.tapi teh tariknya tak kick langsung.

Kata kawan aku.hat nyai boleh maju mcm bandar2 thailand yg lain kerana industri sexnya.mungkin aku boeh bersetuju dengan pendapatnya.tapi rasanya bagaimana ekonomi setempat dimajukan.tak perlu ada bangunan yang besar dan habat utuk dijadikan pasar.cuma barangan yg dijual beranika jenisdan harganya yang berpatutan.dapatkah ini dilakukan di malaya?

Tambang tut2, sekitar Rm2.00 untuk kawasan sekitar bandarnya.semua pelancung faham tentang harga itu.bagaimana dengan taksi di malaya,suruh pakai meter pun bergaduh sampai nak rak.dan sombong pulak tu sisupirnya.

Harga hotelnya kalaupun musim cuti, masih murah dan berpatutan. Ini boleh berlaku di Langkawi.harga makanan pun naik harga.

Tadi malam aku meronda2 di sekitar bandar berdekatan dengan hotel.jam 10.30 mlm waktu hat nyai, pasar malamnya hidup dan padat sesak dengan manusia.banyak pelancung dari malaya yang aku temui.serba mak nenek barangan dijual dikaki lima kedai.sebut saja apa yang nak dibeli semua ada.dari hiasan wanita, kain baju termasuklah perlatan hiasan sex dijual begitu begitu saja.siapa yang nak tengok boleh tengok kalau rasa terhina dan berdosa boleh belah.tak ada siapa memaksan untuk kita melihatnya.

dan siri lawatan gajah ke premis kedai menjadi bandar ini unik sekali.
....
esok di songkla pulak tengok macamana.

Tuesday, December 13, 2011

Perbendaharaan Cinta Di Gerai Buah

i.
Di pinggir jalan, gerai kecil beratap rembia
perbendaharaan cinta dusun dan rimba
berlonggok dan bergantungan.

Seru kuseru azimatmu
bersatulah dalam jiwa
untuk kukenal hakikat alam
yang sari azimatnya terhimpun, bersama
kuning dan hijau mangga,
ayu betik dan comel limau kasturi,
gebu tembikau dan mulus langsat,
hitam dan putih manggis
serta gagah durian dan rekah delima.

Loloskan aku dari cempera debu
dan gelojoh kotaraya
terbangkan aku ke sana
asyik dusun dan rimba alam.

Akulah sang kekasih
mahu berumah di ranting rimba
yang dielusi sejuk dingin
dan harmonis segenap warga
berkongsi azimat alam
tanpa curiga dan dendam kesumat.

Dan aku tahu
tidaklah aku tersesat
di semak lorong rimba cintamu
kerana zikir dan tasbih
segenap wargamu suci dan pasrah.

Di gerai buah pinggir jalan beratap rembia
di sisi segar dan ranum buah-buahan
kukutip azimat cintamu
dusun dan rimba kecintaan
jangan pernah jemu
mengirim buah-buah cinta
alam.

ii.
Johanna
kerapkali aku terkedu
membaca berita pencabulan dara rimba
mahu apa sebenarnya kita?


Brirasa
Jalan Canglon, Sintok
26/11/2011

Monday, December 12, 2011

jasa dan upah

setiap org mahu meninggalkan jasa kpd tamadunnya untuk dihimbau sejarah kemudiannya.dan usaha kearah itu tentunya sulit dan pedih,di antaranya terselit habuan ekonomi kapitalis atau lebih tepat lagi duit/upah dan termasuklah kuasa/tahta/pujian/sanjungan.dengan kata yg lebih tepat mana ada manusia yg tak mahu upah/pangkat segera selepas 'berjasa'.sebab tulah hanya beberapa kerat saja manusia yg akan dihimbau sejarah, w'pun upah/habuan di'sana' lebih pasti janjinya.maka sebab itulah 'jasa' yg dibuat kini dikerumuni ampu/puji/cedok dan sebagainya