tag:blogger.com,1999:blog-7585954153818729932024-03-19T02:36:20.299-07:00Lelaki Gununglelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.comBlogger67125tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-91695055964765091592012-01-19T23:55:00.000-08:002012-01-20T00:05:53.804-08:00Mimbar WaktuDi mimbar waktu
kukutip aksara usia
bercantuman dan mekar
sebuah puisi perjalanan.
Di celah-celah tangkai padi
balam berbalam bayang-bayang senja
sedegup harum cempa
meruap halaman perhentian.
..........lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-63321127518494501202012-01-10T21:03:00.000-08:002012-01-10T21:04:47.033-08:00Air Dari PelembahanIa bak air dari pelembahan
kering diserap matahari
dan turun kembali sebagai hujan
bertakung di lembah-lembah marhaen.
Ia mengalir dan mengalir
meresapi liang dan rongga kesumat
mendaki tebing-tebing keangkuhan
menenggelami busut-busut keegoan.
Ia mengalir dan meresap
dapatkah dikepung dengan empangan kuasamu
makin dikepung makin bertakung
dan membobos takungan perdanamu.
Ya, kebenaran itu bak air mengalir
dapatkah dikepung dengan kerakusan kuasamu
yang dipinjam sementara dari-NYA.
BRIRASA
Alor Setar
9/1/2012lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-17633442806650462402011-12-29T15:06:00.000-08:002011-12-29T15:12:23.504-08:00Pilihanraya (i)Dan ini ketikanya
harimau menjadi
harimau jadian
meramahi kandang-kandang
kambing dan lembu,
di kampung Pak Lang
yang dikekalkan
tradisi klasik kemunduran
sejak 50 tahun dahulu.
Apa mahumu datok harimau?
brirasa
14/12/2011
Kulim, Kedahlelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-69189458915071465062011-12-27T20:09:00.001-08:002011-12-27T20:09:51.904-08:00ilmu ketika melangutketika dok melangut nak naik feri ke langkawi kelmarin.aku dikejutkan dengan pergaduhan antara mat parking.pergaduhan mereka menjadi perhatian penumpang feri termasuk aku.selepas agak reda.aku terdengar perbualan penumpang di sebalah.
-klu kita nak bertengkar pun kena tengok org tu ada ilmu atau tidak.klu tak da ilmu baik kita belah saja,tak guna,buang masa dan tenaga.
ermmm...ilmu amat penting kalaupun nak bertumbuk!lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-16025234331067343972011-12-19T07:18:00.000-08:002011-12-19T07:38:11.813-08:00tut2 dan wanitakata orang hat nyai adalah dunia untuk wanita dengan shoopingnya.dan lelaki dengan dunia hiburan malamnya.begitu bagi yg mahu begitu.disember bulan yang menambah sesak bandar pelancongan selatan tanah gajah putih ini.
Tetapi yang aku suka perangai dan kelaku pengguna jalan rayanya yang sporting sama2 menggunakan sempit jalanrayanya.ini amat berbeza sekali dengan perangai pengguna jalanraya tempat aku. di sini kalau siapa yang boleh dulu,dia boleh celah2 dan pergu dahulu.
Dan bandar ini hidup dimalamnya.dan makanannya bagi yang muslim tidak jauh beza sangat dengan selera negeri kelantan.tapi teh tariknya tak kick langsung.
Kata kawan aku.hat nyai boleh maju mcm bandar2 thailand yg lain kerana industri sexnya.mungkin aku boeh bersetuju dengan pendapatnya.tapi rasanya bagaimana ekonomi setempat dimajukan.tak perlu ada bangunan yang besar dan habat utuk dijadikan pasar.cuma barangan yg dijual beranika jenisdan harganya yang berpatutan.dapatkah ini dilakukan di malaya?
Tambang tut2, sekitar Rm2.00 untuk kawasan sekitar bandarnya.semua pelancung faham tentang harga itu.bagaimana dengan taksi di malaya,suruh pakai meter pun bergaduh sampai nak rak.dan sombong pulak tu sisupirnya.
Harga hotelnya kalaupun musim cuti, masih murah dan berpatutan. Ini boleh berlaku di Langkawi.harga makanan pun naik harga.
Tadi malam aku meronda2 di sekitar bandar berdekatan dengan hotel.jam 10.30 mlm waktu hat nyai, pasar malamnya hidup dan padat sesak dengan manusia.banyak pelancung dari malaya yang aku temui.serba mak nenek barangan dijual dikaki lima kedai.sebut saja apa yang nak dibeli semua ada.dari hiasan wanita, kain baju termasuklah perlatan hiasan sex dijual begitu begitu saja.siapa yang nak tengok boleh tengok kalau rasa terhina dan berdosa boleh belah.tak ada siapa memaksan untuk kita melihatnya.
dan siri lawatan gajah ke premis kedai menjadi bandar ini unik sekali.
esok di songkla pulak tengok macamana.lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-16416598255779513912011-12-13T05:08:00.000-08:002011-12-13T05:09:21.843-08:00Perbendaharaan Cinta Di Gerai Buahi.
Di pinggir jalan, gerai kecil beratap rembia
perbendaharaan cinta dusun dan rimba
berlonggok dan bergantungan.
Seru kuseru azimatmu
bersatulah dalam jiwa
untuk kukenal hakikat alam
yang sari azimatnya terhimpun, bersama
kuning dan hijau mangga,
ayu betik dan comel limau kasturi,
gebu tembikau dan mulus langsat,
hitam dan putih manggis
serta gagah durian dan rekah delima.
Loloskan aku dari cempera debu
dan gelojoh kotaraya
terbangkan aku ke sana
asyik dusun dan rimba alam.
Akulah sang kekasih
mahu berumah di ranting rimba
yang dielusi sejuk dingin
dan harmonis segenap warga
berkongsi azimat alam
tanpa curiga dan dendam kesumat.
Dan aku tahu
tidaklah aku tersesat
di semak lorong rimba cintamu
kerana zikir dan tasbih
segenap wargamu suci dan pasrah.
Di gerai buah pinggir jalan beratap rembia
di sisi segar dan ranum buah-buahan
kukutip azimat cintamu
dusun dan rimba kecintaan
jangan pernah jemu
mengirim buah-buah cinta
alam.
ii.
Johanna
kerapkali aku terkedu
membaca berita pencabulan dara rimba
mahu apa sebenarnya kita?
Brirasa
Jalan Canglon, Sintok
26/11/2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-10933547448750706952011-12-12T21:51:00.000-08:002011-12-12T21:52:09.686-08:00jasa dan upahsetiap org mahu meninggalkan jasa kpd tamadunnya untuk dihimbau sejarah kemudiannya.dan usaha kearah itu tentunya sulit dan pedih,di antaranya terselit habuan ekonomi kapitalis atau lebih tepat lagi duit/upah dan termasuklah kuasa/tahta/pujian/sanjungan.dengan kata yg lebih tepat mana ada manusia yg tak mahu upah/pangkat segera selepas 'berjasa'.sebab tulah hanya beberapa kerat saja manusia yg akan dihimbau sejarah, w'pun upah/habuan di'sana' lebih pasti janjinya.maka sebab itulah 'jasa' yg dibuat kini dikerumuni ampu/puji/cedok dan sebagainyalelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-49048291557796012032011-11-27T09:05:00.000-08:002011-11-27T09:34:05.971-08:00tak sudah sudahsampai hari ni, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke2 aku dippv daerah kubang pasu, jitra.menyiapkan sistem untuk perkhidmatan daerah.target amat tinggi,mahu mengubah sistem perkhimatan yang dijalankan selama hampir 30 tahun tidak pernah berubah.
Pejam celik pejam celik menyiapkan sistem perkomputeran untuk menyediakan flatform penyampaian perkhidmatan.perit juga kerja ini.jam ke jam membelek software filemaker.
sesuatu yg gawat di sini selepas hampir 2 minggu.terasa betapa susahnya nak cari kedai makan.
1-kedai melayu, servis cukup teruk.muka2 peniaga nampak sombong dan tak menyenangkan.harga makanan tak sepadan dengan makanan yang dijual.ceh.
peniaga melayu rata2nya belagak mungkin berbangga dengan semangat ketuanan melayu yang bertunjang dalam badan.rata2nya kedai melayu jual masakan cara siam.satu mangkuk sup hampir 1/2 kg cabai melaka.banyak kedai melayu belanganya cuma satu, tukang masak sorang tapi nak jual seribu jenis masakan.klu kedai berdekatan,masing2 pulun nak jual makanan dan minuman yg sama.bila pelanggan duduk meja lain.dah tak boleh order kedai lain.benggong.pelayan kedai melayu suka sembang, gelak2 dan main handset.klu pelanggan lambat nak servis pasai kacau depa punya borak.ambik servis nak cepat2.klu kita tanya apa menu yang ada,jawabnya mudah semuanya ada.bila oder mula cakap itu takdak ini tak dak.ceh!
kalau nak tengok budak2 malayu rajin kerja.cuba tengok bila depa kerja dengan taukeh cina kedai kopi tiam.sampai berlari nak ambik order.hisap rokok dan main handset masa kerja pun tak berani.tau pulak disiplin kerja.
2-kedai mamak, pun teruk servis.ramai pelayan tak faham bahasa melayu.kita order teh kurang, kurang, kurang, kurang (5kali kurang) manis tapi yang dihantar tetap manis gila.betul kata pak lang gunung keriang,kalau nak mampus cepat makan roti canai dan teh kedai mamak.cuma hebatnya mamak ni.kedai depa semua buka sampai 24 jam.betul juga kata pak lang gunung lagi,kalau tak dak mamak,dah ramai rakyat malaysia yg mati kebuluran.
3-kedai kopi tiam, teh dan kopi memang sedap. tapi tu la dah tak boleh melantak mee dan nasik kedai kopi tiam pulak.tapi cina kopi tiam pandai menianga.satu sifatnya suka control.dia jual minuman.pekedai lain boleh meniaga dikedainya tapi kena jual lain2 jenis makanan.bab ni la yang peniaga melayu kena belajar.bukan dok bangga tak ketahawan hala sebagai melayu yang gagah perkasa dan tak kan melayu hilang di dunia.
kedai lain aku tak mau certa la.
aiseh,kalau diikutkan dah hampir 6 bulan berselangseli dengan tugas hakiki aku mengadap software filemaker.huh! dalam tempoh tu kata kawan aku.boleh jadi pakar.sepatutnya.tapi aku masih tak jadi pakar juga.alamak!lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-58282631149293852462011-11-07T22:54:00.000-08:002011-11-07T22:56:03.150-08:00lelaki dan Pantai (i)Dihampirinya gebu landai pantai
melontar gelisah siasah ke laut dalam
ketika mendung membalut pulau
dan lekuk teluk dimandi gerimis.
Dia lelaki dari semenanjung gelisah
telah dicelarukan ribut siasah
mahunya meniduri asyik pantai
dan beradu di teluk ketenangan
sebuah pulau harapan.
Mahunya menekuni makna
rahsia diam pantai
sabar cintra ombak
dan degup nyanyian laut.
Laut adalah laut
tak termuat saujana mimpi
lalu dikirim kembali
gelisah siasah lelaki itu ke pantai
dan memantul ke muara pertanyaan.
Di dermaga
dengan karisma siasah baharu
lelaki itu menanti kapal berangkat
pulang ke semenanjung gelisah.
Brirasa
Teluk Yu, Langkawi
7 Oktober 2011.lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-25521763823155634712011-11-07T19:29:00.000-08:002011-11-07T20:11:43.492-08:00korban dan terkorbanKelmarin dulu, sesudah selasai solat sunat adil adha.macam selalu acara menyembelih lembu, kerbau dan kambing dilakukan untuk ibadah korban.bermacam gaya dapat aku lihat di majlis kerban tersebut.tapi sesuatu yg aku perhatikan cara lembu yang nak dikorbankan direbahkan.ada yang merebahkan lembu dengan cara yang cukup kasar dan ganas.diikat tali di leher dan kaki kemudian, beramai-ramai akan menariknya sehingga jatuh gedegum.kerana terlaku ghirah, kita terlupa akan 'perasaan' lembu tersebut yang sedang bertembung dengan kesakitan dengan cara 'ganas' dijatuhkan.
Sebenarnya.ada cara nak rebahkan lembu dengan cara yang lunak dan mesra.ikat seutas tali di leher lembu dan bawakan lebihan tali dan lilit di dada lembu dan lilit sekali lagi di belakang lembu. kemudian tarik lebihan tali. dan lembu akan duduk dengan selesa dan lembut. tenaga seorang saja dapat merebahkan lembu dengan cara ini.
Keghairahan menyembelih lembu untuk dikorbankan. kadang2 menjadi pesta hora hora. sedangkan perasaan kemanusiaan dan kelembuan dapat menjadi majlis korban di pandang oleh masyarakat lain dengan lebih hormat dan dihormati.
Mungkin. ini cuma isu kecil tapi,bukankan manusia ini punya perasaan kemanusiaan yang tinggi,apalagi manusia melayu yang islam, bertambah2 lah lagi. manusia lain akan menilai cara kita menguruskan lembu dengan perasaan kemanusiaan yang tinggi.
antara pucuk-pucuk padi.
tasbih pasrah menyelinap
dan cinta sementaramu boleh datang dan pergi
sesuka hatimulelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-24517130735139040012011-10-10T06:26:00.000-07:002011-10-10T06:29:45.442-07:00cempa di tepi pagarsenja tertanpan di dinding waktu
makrifat angin mengelusi diri
dan penantian pun makin parah.
engkaukah yang datang
bersama harum cempa?
-pinggiran kampung sematang budi
9/10/2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-70231633697451928802011-09-29T21:17:00.001-07:002011-09-29T21:17:39.256-07:00padang kita padang orangKetika di padang lain, kita selalu teruja melihat kehijauan padang orang dan kita pun teringin berada dan memiliki padang orang itu. Ketika kita Berjaya dan berada di padang itu kita pun menoleh ke padang kita dan ternampaklah pula kehijauan padang yg kita tinggalkan itu. Lalu apa sebenarnya yang kita mahu.lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-28333314920597376222011-09-19T20:29:00.000-07:002011-09-19T20:30:06.353-07:00Catatan Tentang Sebuah Desa Pada 16 SeptemberDan sugul gunung melontarkan kata-kata angin
lalu terucaplah puisi ayat-ayat syurga
menggetarkan pucuk-pucuk padi
sebidang bendang
tersentaklah siburung balai
yang keasyikan menitip cinta
di tangkai-tangkai padi.
Mungkinkah desa sematang budi ini
ditakluki selubung sunyi dan sangsi
lalu aku umpama sepohon sena
gerigis tak berdaun di hujung permatang
terpanggang sengsara musim ke musim
sedang lalang dan semalu
mekar berbunga di dada bendang dan halaman.
Sesekali corong surau tua
mengembalikan azimat
tentang penyatuan mencari hakiki
sekalipun klise asyik puisi-puisi itu
disenandungkan ke lubuk jiwa
setiap warga seluruh desa.
Dan aku kira matahari pagi ini lebih mengerti
memulangkan kebenaran
sejarah peradaban
sebuah desa sematang budi
yang dikembirikan kanun dan teori
haloba yang rakus kuasa.
Brirasa
Pinggiran Desa Sematang Budi, Alor Setar
16 September 2011.lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-72876497360507492682011-09-16T07:47:00.000-07:002011-09-16T07:52:02.149-07:00kata-kata anginmemungut kata-kata angin
dari puncak gunung
lalu meniti ayat-ayat syorga
meranapkan pucuk-pucuk padi
sebidang bendang.
dan klise embun
melunakkan pertemuan.
-pinggiran gunung keriang
awal sept 2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-26240387745115282622011-09-11T09:43:00.000-07:002011-09-11T09:46:43.481-07:00dialog tepi pekan rabuaku tak kebulur dengan juadahmu
aku dah sengkak dengan kelaparan
terima kasih tuan
tepi pekan rabu a.setar
10 september 2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-19326390719487088212011-09-06T22:35:00.000-07:002011-09-06T22:38:15.251-07:00sejarah versi barumenang tulis sejarah
kalah tulis puisi
pergh!!!
.....dato tuan man tuan ibrahimlelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-1724756092179703602011-09-06T22:32:00.000-07:002011-09-06T22:35:11.936-07:00pelabuhancinta adalah pelabuhan
yang menghimpun
pergi dan datang kapal2
selebihnya hanya sepi
jambatan tok pasai, k.kedah
3/9/2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-23040626786300855822011-09-06T22:29:00.000-07:002011-09-06T22:32:15.093-07:00hidup adalah hidupsecawan nescafe sebungkus nasi lemak
menarik kabus pagi
rentak jalan metro
mengajar makna kalut
eh,pagi ni ada meting
yang agendanya angguk ya ya ya.
brirasa
kedai mamak salam, jalan putra a.setarlelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-12008655474665075132011-09-04T23:59:00.000-07:002011-09-05T00:00:14.347-07:00Meminjam Rahsia Diam Bendang Pak LangIni sebidang bendang pak lang
menyimpan aksara rasa
debar angin gunung
datang dan pergi ciak serta belalang
sesekali beralun buih-buih gelisah keli dan haruan,
di betis-betis padi
selebihnya disantuni sepi dan bening.
Akulah anak dagang
akhirnya pulang
merungkai rahsia resah dan sepi
sebidang kecintaan.
Inilah sebidang bendang
jeda sebuah jagat pengembaraan
aku belajar bahasa diammu
sebuah kesetiaan
sebuah kerinduan.
Engkau
masihkah di penjuru bendang itu?
Brirasa
Sematang Budi, Alor Setar
25/8/2011 lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-63512458983104997252011-08-27T03:17:00.000-07:002011-08-27T03:19:58.298-07:00Sejuk-Sejuk Panas Musim Kemarau
i.
Ratib dan jerkah nasionalis
meruap di perjalanan nasib
berjelaga di perabung rumah peradaban
kita pun dihenyak-henyak
persepsi demi persepsi, tentang siapa
wira pembela tamadun bangsa.
Di hulu-hulu desa
warganya begitu, begitu juga
kerap tersedak dengan memorandum
pembelaan dan kemajuan
yang dipuputkan angin gunung
musim-musim ghairah
ya, anak-anak muda yang terbabas
di pertengahan korikulum
sebahagiannya mewarisi nasib kedunguan desa
dan selebihnya
merempuh rentak metro di kota-kota.
Di kota-kota
warganya dimabukkan rentak komersial
dibebani berahi budaya boros cop jenama
kadang-kadang dibuai mimpi futuristik
dan berpijar berebutan laba dan kuasa.
Di puncak-puncak menara ilmu
kajian dan teori modenisasi
bangsa baharu
hanya dingin-dingin beku
di dewan-dewan seminar
mungkin bukan untuk dipraktiskan
kerana tiada jaminan penambahan undi
penguasa.
Demikian,
hidup ini akan terus dibebani
sengguk persepsi demi persepsi
untuk kelangsungan tahta sang politikus.
Dan sejarah malap bangsa
akan tercatat lagi
lalu kita akan melopong
dan meratapinya
semusim lagi.
ii.
Apakah makna kemerdekaan ini
hanya pesta kibaran bendera
dan lolongan sajak-sajak ampu terampu
sedang hidup ini
gelisah dan curiga
dibebani sengguk persepsi
sang politikus
hari ke hari.
Brirasa
Ipoh – Alor Setar
22Julai - 10 Ogos 2011
lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-26048504124788643952011-08-24T21:38:00.000-07:002011-08-24T21:39:25.911-07:00batu2 cintabak batu2 di jalanan
jalan yang kuharapkan
menuju pernghujung harapan
engkau kucintai
yang kupijak2
yang kuharap-harapkan
alor setar
25 hari puasa yg dibasahi rahmat hujan sejak pagi.lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-758595415381872993.post-1461038359736186732011-08-23T19:29:00.000-07:002011-08-23T19:34:18.857-07:00DI BAWAH LAMPU JALANDI BAWAH LAMPU JALAN
i.
Seumpama serangga
kadang-kadang hidup ini dipandu nafsu
ghairah mengejar gemerlap cahaya
dan sudahnya tercungap-cunggap
di persimpangan jalan.
Bagai peminta-minta
kadang-kadang hidup ini mudah
memberi dan merasai secebis ehsan
kerana di sini
kita tidak pernah keseorangan.
ii.
Di bawah lampu jalan
malam retak
seribu pertanyaan
berhimpun di lopak-lopak perjalanan
kota tamadun tersengguk
mencari kemanusiaan
yang relai.
Dan malam pun larut
papan tanda telah pecah
tunjukan aku arah jalan pulang
mudah dan selamat.
Brirasa
Jalan Langgar, Alor Setar
3/3/2011lelaki gununghttp://www.blogger.com/profile/14505572595393998091noreply@blogger.com0