di luar, angin sejuta arah
jarak waktu kian menghambat
menyelinap ke ruang kosong
kasihan,
dibiarkanya cinta itu ranum sendiri
terkulai digoyang gemuruh angin
waktu-waktu begini
segalanya terasakan teramat pahit
jarak perjalanan adakah memisahkan
remang matahari menyilang pandangan
himpunan kata-kata berjuntai dikaca
wajah lebuh destini berpinar
dan berjuta resah bermukim dalam diri
ceracak nesan terpahat
menyimpan bening dalam rahsia
pesona senja terpana oleh awan jingga
dan aku terkedu di rahang pengalaman
brirasa
Ogos – September 2004
Alor Setar
No comments:
Post a Comment