Saturday, June 18, 2011

Sarang Kerengga DI Pohon Mempelam

Antara hijau daun, ranting dan dahan
sekawan titi meniti kehidupan
kecil molek lagi berseni rupa parasnya
setia, bersatu dan berani
membina rumah harmoni.

Nak faham adat menumpang
tanyalah mereka
percik bunga dan jelita mempelam
belum pernah mereka goda.

Sesekali rumah harmoni
dihempap angin sengsara
bergoyang, runtuh berkecai
apalagi
perintah keadilan sang ketua
tak mungkin diingkari
mereka tabah lagi yakin bersatu
kembali membina rumah harmoni
di ranting baru.

Nak kaji erti berani
cubalah jentik sarang kerengga.


-Brirasa
Baling, Kedah.

#Siaran Akhbar Harakah : 17 - 19 Jun 2011 (edisi jumaat)

Sunday, May 22, 2011

barangkali

Barangkali

Kalaulah runtuhan ini
dapat ditangguhkan
barangkali pondok ini
akan dianugerah sijil layak duduk
barangkali?
Atau kalaulah pondok ini
punya berpuluh sijil layak duduk
ianya akan kekal kukuh berdiri.
Barangkali?
Atau dengan runtuhan ini
kamu sibuk menunding jari
dan mendandan populariti
di wajah sendiri.
Lalu talkin perlahan-lahan diam
dan diam dalam kajian dan kajian
yang tak pernah sudah
untuk runtuhan seterusnya.
Barangkali?

(Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa,
Semoga kamu semua mendapat syafaat Allah)

Brirasa
Alor Setar
20 Mei 2011

Saturday, May 14, 2011

dan mempelam berbuah lagi






uniknya pokok mempelam, berbunga di musim kemarau, dan bila hampir musim hujan buahnya mulai keluar. berputik dan berbuah. cantik warna buahnya dari hijau dan kekuningan.
dan mempelam yang masak kekuningan, sungguh enak dimakan begitu saja, mempelam.

utara malaya menjadi kawasan yang pokok mempelam hidup subur.

Dan mempelam begitu sinonim dengan siam. suatu waktu dulu, bila musim lepas menuai padi, ramai yang akan ke selatan siam membeli mempelam dan diadakan kenduri kesyukuran. mempelam akan dimakan dengan pulut bersantan.

Sekarang, mempelam banyak ditanam di utara malaya. kalau kita memandu dari alor setar ke kangar sepanjang jalan terdapat gerai-gerai menjual mempelam. dan pastikan bila anda teringin nak membeli mempalam di tepi2 jalan, anda berkereta kecik atau berkereta lekeh kerana jenis kereta akan mempengaruhi harga mempelam. kalau anda berkereta kancil harganya lebih murah berbanding kalau ketika itu anda berkereta honda mewah misalnya. anda boleh mendapat harga agak murah kalau anda boleh bercakap lorat utara. jangan dok belagak cakap lorat kuala lumpur kalau nak beli mempelam murah.

Monday, May 9, 2011

tentang gerek tua





suatu ketika gerek tua cukup bermakna dalam kehidupan di malaya ini.
aku punya pengalaman tersendiri tentang gerek tua.

tok wan
gerek tua
kedai gunting rambut mugam balai pos
kenangan itu tersemat
diam dalam ingatan.

sesudah tok wan dijemput pulang
gerek tua ini dicuri penyangak
chehh!!

Di Persimpangan Kebetulan

kadang-kadang hidup ini pelik
tambah pelik bila sampai di persimpangan kebetulan.