Wednesday, April 13, 2011

Tidak apa2 Dengan Rambutmu Melainkan Cantik




Tidak Apa-Apa Tentang Rambutmu, Melainkan Cantik
Jurai rambut di pipimu
adalah pesona gerak waktu
selengkar lukisan pagi
engkau keayuan
sebuah citra rumah hidup.

Umpama kembang musim-musim suci
tidak saja wangi
tapi tega dipanggang matahari
pagi dan petang.

Tidak kuharapkan engkau seperti pelangi
yang redup warna-warna asyik
di hujung perbukitan
sekejap menjelma dan menghilang.

Esok zamanmu
bijaklah membaca sejarah
peradaban bangsa kita
dan mahirlah merungkai kusut
penjuru kerudung bangsa
maafkan kami, kerana
meronyokkan kerudung itu
dan amat-amat kuharapkan
mengertilah kamu siasah bangsa
tidaklah sehodoh pemainnya.

Jurai rambut di pipimu
adalah personafikasi asyik mimpi
dan degup realiti
abah dan mama.

Brirasa
Jalan Datok Kumbar, Alor Setar
20 Mac 2011.