payah nak cari nasik lemak
tanpa ajinomoto
sekarang berlambak
ajinomoto berperisa nasik lemak
-bandar darulaman
4/5/2011
Tuesday, May 3, 2011
pendek 1
dalam mee ada udang
bila terbiar rang
mee kembang
udang menegang.
brirasa
bandar darulaman
4/5/211
bila terbiar rang
mee kembang
udang menegang.
brirasa
bandar darulaman
4/5/211
Wednesday, April 13, 2011
Tidak apa2 Dengan Rambutmu Melainkan Cantik

Tidak Apa-Apa Tentang Rambutmu, Melainkan Cantik
Jurai rambut di pipimu
adalah pesona gerak waktu
selengkar lukisan pagi
engkau keayuan
sebuah citra rumah hidup.
Umpama kembang musim-musim suci
tidak saja wangi
tapi tega dipanggang matahari
pagi dan petang.
Tidak kuharapkan engkau seperti pelangi
yang redup warna-warna asyik
di hujung perbukitan
sekejap menjelma dan menghilang.
Esok zamanmu
bijaklah membaca sejarah
peradaban bangsa kita
dan mahirlah merungkai kusut
penjuru kerudung bangsa
maafkan kami, kerana
meronyokkan kerudung itu
dan amat-amat kuharapkan
mengertilah kamu siasah bangsa
tidaklah sehodoh pemainnya.
Jurai rambut di pipimu
adalah personafikasi asyik mimpi
dan degup realiti
abah dan mama.
Brirasa
Jalan Datok Kumbar, Alor Setar
20 Mac 2011.
Thursday, February 17, 2011
halaman pagi itu
kunci (ii)
Kunci (ii)
Pintu rumahnya
rapat terkatup
kunci simpanan
telah hilang di jalanan.
Tali seliparnya putus
haus dan berdebu
mungkinkah dia kembali
ke pangkal perjalanan
mencari kunci tercicir.
Senja telah lewat
tangga rumah kelam berdebu
halaman diselaputi semak dan lalang
mungkinkah dia menunggu di situ
tetapi siapa yang ditunggu?
Siapakah di sisi pagar halaman
menjinjing seikat kunci
Lewat malam itu
engkaukah?
Brirasa
Kamar NATC Puterajaya
14 Febuari 2011
Pintu rumahnya
rapat terkatup
kunci simpanan
telah hilang di jalanan.
Tali seliparnya putus
haus dan berdebu
mungkinkah dia kembali
ke pangkal perjalanan
mencari kunci tercicir.
Senja telah lewat
tangga rumah kelam berdebu
halaman diselaputi semak dan lalang
mungkinkah dia menunggu di situ
tetapi siapa yang ditunggu?
Siapakah di sisi pagar halaman
menjinjing seikat kunci
Lewat malam itu
engkaukah?
Brirasa
Kamar NATC Puterajaya
14 Febuari 2011
Wednesday, February 2, 2011
Membaca Tragedi Taman Peribadi
Membaca Tragedi Taman Peribadi
Apakah garing senja ini
tak berupaya meredupkan
gelegak serakahnya
sedang dia teramat ghairah
dan leka dalam syahdu payung daun-daun alam
di taman harmonis
maka tak tertoleh olehnya
pada cermin sejarah bangsa
yang dimurungkan kepalsuan
sebuah tahta dan kuasa.
Taman harmonis
kehilangan pohon kata-kata
dilopongkan sejuta kuntuman palsu janjinya
kontang di antara momen dusta dan noda
sia-sia kuekori telunjuk kuasanya
seribu janji, sejemput harapan mungkin.
Taman harmonis ini
bukan mutlak miliknya
pulangkan saja.
Apa lagi nak kukatakan
kembalikanlah wajah pada muka
biar dia tahu
tusuk garing matahari
esok
mungkin tiada matahari lagi
menyinari taman peribadinya.
brirasa
Tanah Rata, Cameron Highland
26 Januari 2011
Apakah garing senja ini
tak berupaya meredupkan
gelegak serakahnya
sedang dia teramat ghairah
dan leka dalam syahdu payung daun-daun alam
di taman harmonis
maka tak tertoleh olehnya
pada cermin sejarah bangsa
yang dimurungkan kepalsuan
sebuah tahta dan kuasa.
Taman harmonis
kehilangan pohon kata-kata
dilopongkan sejuta kuntuman palsu janjinya
kontang di antara momen dusta dan noda
sia-sia kuekori telunjuk kuasanya
seribu janji, sejemput harapan mungkin.
Taman harmonis ini
bukan mutlak miliknya
pulangkan saja.
Apa lagi nak kukatakan
kembalikanlah wajah pada muka
biar dia tahu
tusuk garing matahari
esok
mungkin tiada matahari lagi
menyinari taman peribadinya.
brirasa
Tanah Rata, Cameron Highland
26 Januari 2011
Sunday, January 16, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

